Isnin, 11 Ogos 2014

"Letsego Beybehhh"

Tepat jam sepuluh pagi, aku akan bergegas ke kafeteria carik benda makan. Benda ni aku buat pasal satu, perut aku lapar dan dua, aku nak fight-fight orang kerja gomen.

Macam biasa, sarapan pagi aku konfem antara tiga je. Kalau tak mi rebus taknak taugeh, aku akan makan french toast. Tak dapat dua benda ni, aku akan tibai kuih rojak dengan kuah rojak je. Benda lain aku tak berapa pandang sangat. Kalau pandang sekalipun, pandang tak pandang je. Baru kerek sikit orang kata.

Ahh korang ni french toast pun tak tahu. Benda tu dia macam roti yg dah bersalut telur lalu dibakar tidak terlalu dan melampau hangit dan dicicah pula dengan madu. Benda tu kena pulak dengan teh tarik kurang manis, perghhhh memang pegiiii punya. Kena pulak masa minum teh tarik kurang manis tu, makwe bersenyuman manis lalu depan ko lalu tersenyum manis, fuh besok konfem diabetes. Bukan dia je betes, ko pun betes sekali.

Pukul sepuluh pagi tadi masa aku tengah melangkah nak masuk kafe untuk ikut rutin gomen, ade satu makcik ni selisih dengan aku. Dia terus menghala ke suami dia yg lebih kurang separuh abad, berambut putih dan separa upaya yg tengah menunggu di depan pintu kafe.

"Letsego bebehhhh...."


***



Suatu hari nanti, bila aku dah berusia macam gitu dan bini aku tiba tiba berletsego bebeh dengan aku, aku terus tampar aje.

Jangan risau. Aku tak tampar bini aku, tapi aku tampar orang sekeliling yg gelak, lantas aku capai tangan bini aku, dan terus berlalu pergi dengan penuh suasana cinta yg tidak jemu jemu berputik.









Jumaat, 8 Ogos 2014

Khutbah dan Snuker.

Hari ni hari Jumaat. Macam hari-hari Jumaat yg lain, hari Jumaat macam hari ni ada semayang Jumaat. Dalam semayang Jumaat pulak, ada khutbah Jumaat. Dalam khutbah Jumaat pulak, ada yg duduk tunduk kepala tidur, ada yg khusyuk sampai mata terpejam, ada yg fokus pandang khatib, ada yg mata melilau carik tempat nak duduk pasal datang lambat dan macam-macam lagi.

Aku perati orang sekarang ni teruk jugak sampai tahap ada yg gelarkan hari Jumaat sebagai penghulu segala check-in. Harus diingat bahawa hari Jumaat zaman sekarang ni ramai yg pentingkan TGIF. Tak apa, jangan risau. Aku dulu pun tak tahu jugak apa benda TGIF ni. Tapi pada aku, daripada sibuk fikir hal TGIF ni, lagi elok kalau aku risaukan selipar takut kena rembat.

Harini punya khutbah Jumaat banyak berkisar tentang hubungan silaturrahim. Macam biasa, semua orang pun tahu yg silaturrahim dan hubungan sesama manusia itu penting. Tapi masih ramai antara kita yg ego, sombong, bongkak, takabbur, dan penuh hasad. Bukan setakat ego je, ada jugak yg dah upgrade dia punya ego jadi ego LC. Sedar tak sedar, benda-benda macam gini la yg mengikis silaturrahim sebenarnya.

Khatib tadi sempat berpesan;

"Kita sebagai manusia haruslah menjaga silaturrahim sesama insan dengan mengamalkan dan mencontohi akhlak terpuji termasuklah berbuat baik sesama manusia, menjaga adab dan tingkah laku serta percakapan, bertegur sapa, bertimbang rasa, hormat menghormati, dan bermain snuker".

Lebih kurang macam ni lah apa yg khatib pesan dalam khutbah siang tadi.


Aku macam percaya tak percaya je apa yg aku dengar.



Khatib ni biar betul?? Main snuker?? Apa benda yg main snuker boleh eratkan silaturrahim ni? Berdebar juga aku dengar. Jenuh jugak aku pikir dan hadam benda tu.



Setelah aku bertenang dan tarik nafas dua tiga kali, barulah aku sedar.

Benda last yg khatib tu sebut adalah,


"bermanis muka".


Langsung aku maki speaker dalam hati. Astaghfirullah.








Jumaat, 3 Januari 2014

Wishlist 2014.

Benda pertama aku nak capai pada tahun baru ni adalah keupayaan travel. Misi aku adalah untuk jadikan tahun ni sebagai tahun travel. Visi aku pulak adalah untuk memperbanyakkan menziarah alam sekitar dan tempat orang. Oleh yg demikian aku sekarang tengah bizi merencana aktiviti tahunan. Travel ni skop dia luas. Samada betul-betul punya travel, tak pun setakat pergi satu tempat dan buat aktiviti untuk puaskan diri sendiri, walau balik hari sekalipun, dah memadai.

Benda kedua, aku nak jam tangan. Salah satu daripada gambar terbabit. Tapi kalau tak mampu jugak, yg mirip-mirip pun jadi dah. Yg sipi-sipi nak mirip pun aku terima nikahnya jugak. Dah lama aku berkenan tapi haram takde sape pun nak bungkuskan letak dalam kotak hadiah lepastu pas ke aku. Harap-harap benda ni dah jadi halal dah untuk tahun ni.

Benda seterusnya, paling berat. Z250 ni nampak macam super mustahil untuk turut serta dalam wishlist tahun ni. Tapi aku sertakan jugak penyertaannya bila aku ambil kira beberapa faktor. Tapi bila aku fikir beberapa faktor yg lain pulak, kadang tu aku rasa macam nak lupakan pun ada. Tapi kalau dapat pun, aku ingat nak tambah raga motor. Nanti kawin senang sikit nak bawak anak jalan-jalan round taman petang-petang.

Ok. Tiga benda ni je untuk aku fokes pada tahun ni. Tak banyak pun.

Setakat hari ketiga daripada tiga ratus enam puluh lima hari ni, satu pun tak jadi mende lagi ni.


Tapi, ada satu yg bakal jadi hujung bulan ni.











Isnin, 30 Disember 2013

Kebapa-bapaan.

Pada tanggal 30hb Disember 2013, ketika matahari masih belum bersarapan pagi, ketika suasana diluar masih lagi pudar warnanya, aku telah mengalami sesuatu yg diluar kebiasaan.

Kejadian berlaku seingat aku adalah di dalam lingkungan penggera talifon yg pertama iaitu pada jam 5 suku pagi sehingga tempoh penggera talifon yg kedua iaitu jam 6.20 pagi.

Pada tempoh masa ini, atau lebih dikenali sebagai tempoh masa kritikal untuk tidur sebelum memaksa badan dan otak bangun pergi kerja, aku telah menjadi bapa sementara. Bukan bapa kemerdekaan, bukan juga bapa kemodenan.

Dalam alam yg satu lagi, aku telah bermimpi mendukung seorang bayi yg aku tak pasti berat dia berapa kilo masa lahir, berapa bulan umur dia, dan apa kejantinaannya. Tapi yg pasti budak tu anak aku. Tiba-tiba naluri kebapaan tu muncul. Sebijik macam munculnya oltromen bila ada raksaksa.

Bukan main real lagi mimpi aku tu sampaikan kepala otak aku lenguh pasal sibuk mencari nama yg sesuai untuk menamakan budak tu. Tup-tup penggera talifon kedua pun berbunyi. Benda-benda macam ni memang potong. Kasik la can aku nak jumpa mak dia. Kalau aku sempat jumpa, kan ke senang sikit kerja aku. Boleh la aku prinskrin ke ambik selfie ke mirer efek ke 360 ke dengan mak dia sambil berheshtegkan #akucintakamu #onlyyou #myotherhalf #tilljannah. Geram juga aku.

Seharian aku pikir benda ni. Sampaikan bila aku berjalan, aku pandang ke lantai dengan ke makwe je, tak pandang ke langit pun. Balik je dari kerja, terus aku lincah pegi gugel tafsiran mimpi.

Daripada hasil penyelidikan aku, mimpi menimang cahaya mata ni membawak maksud akan mendapat harta, atau rezeki, atau sesuatu yg menguntungkan. Tapi, kalau mimpi anak tu tengah bermain, tandanya akan dapat jodoh dalam tempoh terdekat.

Dalam kes aku ni, budak tu dia rilek je. Menyesal jugak aku tak suruh dia main masa tu. Dah la muka ikut mak dia. Takkan la maknye ade iras-iras Felixia Yap kot? Hmmm.

Sekarang ni aku tengah bedebor ni. Anak raja mana la yg nak merisik aku agaknya. Anak raja je, anak menteri aku tak mau. Rajagopal pun sama.

Aku nak tengok seminggu dua ni apa jadi. Aku bersikap tenang je sekarang ni pasal aku tahu yg mimpi tu mainan tidur. Tapi, yg tak tenangnya bila aku pikir balik, aku kalau tidur mana pernah main-main.

Kepada my other half, kalau you ada baca ni, I hope we will bond together like james bonding with bond.

Amacam? Ade sleng-sleng UK tak english aku?

Selasa, 17 Disember 2013

Bro, Lu Mesti Pernah Kene. Dan Lu Memang Memahami Gua.

Entah ke beberapa jumaat yg lepas, aku ada mengambil cuti rehat daripada bekerja. Kenapa cuti rehat? Sebab aku kalau cuti, betul-betul punya rehat aku duduk rumah. Kadang tu baring lagi banyak dari duduk.

Sebagai seorang yg mengamalkan konsep 'cuti didahulukan, rehat diutamakan', maka cuti itu akan menjadi kurang manisnya jikalau pukul lapan pagi mata sudah pun celik. Oleh itu, seawal jam sebelas pagi lagi aku sudahpun cuba untuk mencelikkan mata, namun pada jam sebelas dua minit jugak baru aku berjaya berbuat demikian secara syumul.

Aku sedar aku ni jenis yg pantang ada cuti. Kepala otak dah set dah selain daripada rehat, ada beberapa perkara yg nak kena setel.

Jadi mulut tak cakap banyak, hati tak berbisik banyak, capai tuala lelaki, masuk bilik air, keluar bilik air, sarung baju seluar, turun bawah setat motor.


Memandangkan tahun baru tak berapa lama lagi, jadi kad ATM pun hampir basi. Bila kad ATM hampir basi, maknanya tak boleh keluarkan duit dari mesin ATM nanti, bila tak boleh keluarkan duit, perut boleh jadi gastrik pasal tak makan. Nampak tak kad basi tu boleh memudaratkan kesihatan? Tak percaya, terai telan. Cuba bagitau aku benda basi apa dalam dunia ni yg sedap?


Sampai aje di Maybank terdekat, aku terus masuk. Ambik nombor, tunggu giliran. Nombor takdelah jauh sangat, celake akak tu tipu aku kata kalau nak buat kad nak kene tunggu sampai sejam. Dia ingat aku ni jenis yg mudah makan pujian dan mudah ditipu ke ape?

Tapi takpe, aku maafkan akak tu pasal dia ada spirit jadi kastemer servis. Sentiasa senyum dan berperilaku baik. Kira kalau dia banduan, dia boleh dibebaskan kerana berkelakuan baik. Macam tu la lebih kurang.


Sambil menunggu nombor giliran, aku duduk sambil main talipon. Sebenarnya talipon ni umpan je. Aku nak usha ada satu kaunter tu akak dia boleh tahan cun. Dia kelihatan bizi melayan karenah kastemer. Aku yakin itu juga merupakan helah dia untuk dia curi-curi usha aku. Hmmmm.


Sampai aje giliran aku, aku kecewe teruk pasal tak dapat kaunter akak tu tadi. Kaunter makcik-makcik aku dapat. Kecewe teruk tidak terperi aku dibuatnya. Tapi, sekali sekala akak tadi datang ke kaunter makcik ni untuk meminta pertolongan, dan aku tahu itu semua madah berhelah dia untuk mendekati aku secara lebih festufes dan saitbaisait serta secara halus.

Bila dia setel aje kerja dia, dia pun balik ke kaunternya semula. Masa tu lah aku jadi kecewa balik sampai sambil duduk tu kepala aku tertunduk pandang ke bawah. Punyalah down.



Pada waktu itu, aku dapat lihat jelas sejelas-jelasnya.


Zip seluo tak tutup.



Rabu, 4 September 2013

Jamuan Raya Pemangkin Pembangunan Negara.

Pada suatu hari yg berharibulankan hari ni, aku pergi ke kerja seperti biasa. Cuma yg tak biasanya, hari ni aku berbaju melayu pasal ada jamuan raya. Tak cukup dengan itu, aku siap bawak sampin lagi sebagai langkah berjaga jaga pasal songkok aku takda. Jadi eloklah stenbai tengkolok yg diperbuat daripada sampin.

Meriah betul sambutan raya ni sampai semua yg berbangsa lain pun dituntut memakai baju melayu dan baju kurung. Cuma aku terkilan sikit pasal tak ada yg pakai kebaya.

Bab makanan pulak, macam macam ada. Daripada nasik beriyani, sampailah ke orang yg beriya riya makan, semua ada. Cukup. Lengkap.

Ketupat pun ada jugak. Itu yg tak tahan tu. Ketupat tu punyalah pawer, sampaikan lip lap lip lap cahaya keluar daripada ketupat tu. Nenek aku pun belum pernah bikin ketupat yg serupa tu lagi.

Lemang memang pergi. Sampaikan kalo engko makan, dia punya pergi tu boleh membawak ke Kedah. Jauh tak jauh dia punya pergi.

Tapi yg aku nak cerita sekarang bukanlah lemang yg pergi, mahupun ketupat yg berlip lap.

Sebenarnya masa aku menjamah juadah beraneka ragam makanlah jangan hanya dipandang tu siang tadi, aku ada perasan yg kebanyakan daripada juadah tersebut diperbuat daripada minyak. Ron95 ke 97, aku tak berapa pasti.

Yg paling pasti, minyak naik harga. Naik lagi 20 sen. 20 sen ni kalau kita imbau kembali ke zaman bapak aku, boleh buat beli nasik lemak sebungkus. Itu pun kalau kita rajin la nak imbau. Minyak ni memainkan peranan yg penting dalam membangunkan negara.

Tapi yg merisaukan aku adalah harga hantaran kahwin zaman sekarang ni. Bayangkan kalau kita nak meminang anak orang, lepastu bapaknya letak cukai 200% pasal kulit muka anak dia berminyak teruk, dan minyak sekarang mahal. Alamatnya makin banyaklah pemuda pemuda yg nak kena jadikan axion sebagai hantaran.

Benda benda macam ni, kita nak kena siasat dari sekarang. Kita bukannya sekadar mahukan Malaysia yg berslogankan "Syukurlah Malaysia masih aman" sahaja, akan tetapi kita mahukan Malaysia yg aman damai makmur sejahtera perkasa.

Ini satu hal lagi. Nak aman macam mana kalau hari hari kes tembak menembak masuk tivi? Satu penembak pun tak dapat dapat lagi nak tangkap. Dahsyat juga penembak penembak dekat Malaysia ni. Jenis yg dah biasa tembak ke dinding, inilah jadi dia.

Tivi pulak banyak sorokkan perkara realiti. Lagi lagi bab berita. Berat satu hala ni sebenarnya tak elok. Rosak minda, lumpuh sanubari. Paling aku geram sekali, ni macam mana Pak Samad pun boleh kena tahan dibawah Akta Hasutan? Orang tu dulu sasterawan negara. Kalau tak ada yg tak kena dalam negara ni, kenapa dia merebel? Apa merebel secara puisi pun jadi masalah ke? Keh keh keh.

Ok, sekarang aku nak pergi angkat puisi jadikan senjata. Tapi aku tak pandai pulak nak berpuisi. Jadi, aku takut puisi yg aku nak angkat nanti dia jadi C4 pulak. Susah jugak kalau ada yg jumpa serpihan dia kejap lagi.

Tapi seriuslah, jamuan raya tadi memang mengenyangkan.








Khamis, 29 Ogos 2013

Sebab.

Rapuh. Macam biskut.

Manis diawalnya. Macam shinggam. Gula gula getah.

Ada masa dia kelat. Macam kopi.

Tapi tetap, dia adalah benda indah yg boleh disimpan dalam buku di halaman belakang belakang sementara halaman baru terus diselak satu persatu.


Aku punya senang cerita, dia macam status kau dekat pesbuk yg kau letak "in a relesyenship and its kompeliketed yo". Ok. Buang yo tu. Yo yo ooo je.


Dua dekad lebih aku hirup oksigen hembus karbon daiyoksaid, itulah baru pertama kali aku rasa benda tu. Tapi, akhirnya tak kemana pun. Separuh jalan jugak. Dah la separuh jalan, hujung jalan tu jalan mati pulak tu.



Kau punya selera. Kau punya keinginan. Kau punya harapan. Serba serbi cukup ada pada dia, takkan bodo bodo kau nak lepaskan ye dak?



Celake betul. Benda yg paling aku takut sekali terjadi, sekarang dah terjadi pun.


Ada satu benda dalam diri aku ni, aku dah bagi ke orang. Orang tu pulak, tak pulangkan balik. Sebaliknya dia lesap terus, menjadikan aku tak ubah seperti tunggul. Aku mengaku la yg aku ada pernah menyamar jadi ranting kayu, tapi berpada pada la sikit. Letih jugak kerja tunggu dan terus tunggu ni. Sedangkan anjing pun kalau dia nak kejar orang, dia takde tunggu tunggu ni. Terus aje dia kejar.


Datang aku yg jemput, pergi tu kot ye pun takkan nak suruh aku yg halau? Aku takkan mampu punya nak halau.


Tapi satu je aku mintak. Aku perlukan sebab. Tolonglah. Bagi. Satu je, cukup.



Pasal aku ada jugak jiwa, emosi, hati, perasaan, nak dijaga. Dulu keras serupa batu, tapi dah jadi lembut sejak kena curi. Aku bukan jasad yg kosong. Tak berjisim. Jisim pun aku tetap ada, walaupun kurang dari kiraan BMI nya.

Bila aku pandang ke sampah, aku nampak diri aku. Begitu senang terbuang dan dibuang.


Pulangkan balik la kalau berani! Aku nak renovet balik benda tu. Walaupun berkecai, aku sanggup renovet balik! Aku nak bagi ke orang lain pulak pegang.


Pengecut!



Khamis, 25 Julai 2013

Nostalgia.








Sebenarnya dalam hidup ni, semua orang ada nostalgia masing masing. Aku sekarang tengah melalui segala jenis peringkat nostalgia yg lepas lepas yg terjadi dalam hidup aku. Orang kata, hidup tanpa nostalgia ni adalah hidup yg kosong mendatar. Tak ada benda kau boleh ambik untuk jadikan panduan dan ukuran daripada apa yg sudah lepas.



Oleh kerana kehidupan aku sedikit sibuk dengan segala macam urusan yg patut dan urusan yg tak patut sejak akhir akhir ni, maka apabila terdapat secubit masa terluang, aku akan cuba baring, sumbatkan talifon telinga ke dalam lobang telinga, dan mengamati satu demi satu bibit bibit alunan nada benda yg bernama nostalgia ni.



Dari situ, barulah aku faham apa itu nostalgia.



Sepatutnya dia punya outcome macam tu lah. Tapi, asal aku buat begitu je, sedar-sedar je dah nak dekat imsak.




Inilah dia nostalgia alaf baru.











Sabtu, 16 Mac 2013

Aku Bukan Tarmizi.




"Oppa ganam setail.....Woppp... Woppp wooppp woooppp wooppp" Tettttt....


Bunyi talifon bimbit berpenggera milik Tarmizi, akhirnya dimatikan setelah lebih kurang tiga belas kali di-snooze dengan sengaja. Tarmizi akhirnya mengalah. Dia bangkit dan terdiam kaku di penjuru tilam.



"Malas betul nak pergi kerja hari ni. Nak kena mengadap muka budak-budak tu lagi" Bentak hati Tarmizi, sambil tangannya mencapai segulung tuala Manchester United. Tarmizi memang seorang peminat tegar Manchester United kerana dua perkara. Pertama, dia suka melihat merah jambu di pipi Alex Fergesen. Alex Furgesen? Ke Alex Ferguson? Tarmizi sendiri sering berbalah dengan kawan-kawannya disebabkan nama yg dia tak pernah hafal itu. Sebab kedua, sama seperti sebab pertama.




Setelah selesai mandi bertualakan tuala Manchester United, Tarmizi pun bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Sehelai uniform Sekeriti disarungkan ke badannya yg kadang-kadang nampak sasa, dan kadang-kadang nampak sasau. Mungkin yg nampak sasau tu, orang Melaka yg tengok agaknya. Setelah lengkap berunifom, setempek gel rambut diadunkan ke rambutnya yg akhirnya disikat ke kiri untuk menampakkan bahagian korek di sebelah kanan. Dengan segak, kemas, dan tegas, dia pun melangkah pergi ke tempat kerja.




"Truuuuttttt....tut...tut...tut....tupakademmmmm"



Tarmizi pantas menyelok poket kirinya. 



"Fak." Itu sahaja yg terpacul dari mulutnya apabila menyedari bahawa talipon bimbitnya berada di poket kanan. 




"Halo" Tarmizi memacokan suaranya. 


"Abang dah bangun ke?" Tanya seorang wanita, lemah lembut. 


"Dah. Abang dah on the very way ke tempat kerja dah pun" Balas Tarmizi sambil speaking omputeh dengan penuh pekat jawa. 


"Ishhh abang ni..... Cakap la betul-betul. Tak baik tipu tau." Keluh makwenya penuh resah.


"Betul ke bohong? Ce teke ce teke...." Kali ini Tarmizi selitkan unsur gedik gedik gedempol. 




Makwe Tarmizi memang panas. Ramai yg tergila-gilakan dia. Tarmizi sendiri, sampailah ke hari ini, masih tergila-gilakan makwe dia. Mana taknya, makwe hidung mancung pipi tersorong-sorong ni lah jenis makwe idaman lelaki-lelaki jongos. Tetapi Tarmizi tidak jongos. Dia masih mempunyai citarasa dan fitrah sebagai lelaki Melayu terakhir. Namun Tarmizi pernah mengalami episod duka dengan makwe sebelumnya. Ya, taktik yg sama juga yg Tarmizi gunakan. Tetapi malang, makwenya yg sebelum ini salah menjawab. Akhirnya, makwenya itu dikaren AC Mizal, dan sejak dari itu, hubungan mereka terbatal serta merta. 



Pagi terus berlalu pergi, meninggalkan Tarmizi dan makwenya begitu sahaja. Tarmizi pula, kini sedang sibuk membuat jadual bertugas untuk sekeriti-sekeriti bawahannya. Sejak Tarmizi dinaikkan pangkat sarjan, dia kelihatan begitu sibuk menguruskan hal-hal sekeriti bawahannya yg kebanyakan mereka terdiri daripada pakcik-pakcik separuh abad. Pernah juga sekali tu, ada budak berambut punk minta kerja sebagai sekeriti pada Tarmizi, tapi Tarmizi pantas menolak. Kes itu jadi kes besar pasal budak punk tu cuba memukul Tarmizi. Namun, setelah mendapat tahu bahawa Tarmizi juga seorang yg punk kerana tinggal di Ampunk, budak itu pun serender dan berlalu pergi. 












"Trutttt....Truuuttttttt... Trutttt......."


"Hello Encik Tarmizi...."


"Ye. Carik siapa?"


"Ni Tarmizi sekeriti tu kan??"


"Oh. Ni bukan dia. Dia dah tak pakai no ni, encik"


"Oh yeke. Habis ni sapa?"


"Bukan Tarmizi."


"Ooo... Ok ok, sori ye"








Benda ni selalu jadi pada aku. Sudahlah carik Tarmizi, boleh pulak tanya aku siapa. Tapi setiap kali orang talifon aku dan mencari Tarmizi, Tarmizi yg mampu aku gambarkan adalah Tarmizi seperti cerita di atas. 




Sabtu, 9 Mac 2013

10 Petala Cinta.




Bercinta itu lumrah. Manusia ni memang jenis yg berlari mengejar cinta, dan ada jugak yg tak terlari bila dikejar cinta. Cinta itu luas, seluas belanga. Tak percaya? Jom sama-sama kita belek belanga.




1. Bercinta ikut telunjuk emosi.

Emosi ni memang semua orang takkan dapat elak. Persoalannya sekarang bukan mencari cara-cara nak elak dari beremosi. Sebaliknya, mencari cara untuk menghendel emosi supaya bukan kita yg ikut telunjuk emosi, tapi emosi yg ikut telunjuk kita. Bila emosi di alam fana cinta kita bergolak, habis satu dunia tahu. Bila tengah mekar, satu dunia tak nak tahu pun, tetap jadi tahu. Kenapa? Sebab engko terlalu beremosi. Nak beremosi tu kot ye pun, janganlah tinggal merata. Merungut sana, merungut sini. Kena pulak emosi ko jenis yg berombak, peh, memang bergelora la cinta ko. Sudahnya, tak Ombak Rindu langsung, karam gitu je.




2. Bercinta tiru gaya monyet.

Yg ni aku belum habis buat kajian lagi. Aku sendiri tak pasti yg monyet ni jenis yg bercinta ke tidak. Kalau ye pun ada monyet yg bercinta, konfem tak sampei ke jinjang pelamin. Setakat ni aku belum pernah dapat lagi invitation dekat pesbuk untuk ke majlis perkahwinan monyet. Kenapa orang kita tubuhkan perkataan 'cinta monyet'? Adakah sebab bila dah bercinta, kita dan monyet dah tak ada beza? Kalau nak bercinta tiru gaya monyet ni, masa zaman tak tahu mandi wajib dulu layak la. Tapi memang tak dinafikan, ada jugak yg dah pandei mandi wajib, tapi masih tiru gaya monyet dalam percintaan. Senang cerita, cinta yg jenis macam ni adalah cinta yg tak kemana. Cinta yg tak ada masa depan! Seronok ondespot bolehla.




3. Bercinta sampai ke jinjang Melodi.

Ini bahaya. Dia punya cinta tu, mainstream terlampau. Camat pagi sayunk, nunite wak, cayang awak ketat-ketat, alololo mucuk-mucuk saya, dan pelbagai lagi kalimah-kalimah cinta puaka yg lain, semuanya dikomunikasikan dengan cara yg terlalu mainstream melalui laman-laman sosial terkini, supaya nampak aptudet dengan peredaran zaman dan peredaran bulan mengelilingi bumi. Tujuan dia apa? Tujuan dia supaya orang lain boleh selami kisah romantisnya sebuah pasangan bahagia hingga ke sorga. Bukannya dia tak boleh mesej je makwe pakwe, talifon terus ke. Ini tak, selagi cerita cinta dia tak cecah masuk Melodi, selagi itulah asa nya takkan putus. Seronok sebenarnya bila tengah mabuk bahagia ni. Biarlah semua orang nampak, kalau boleh. Mengaku jelaaa. Kah kah kah.




4. Bercinta sejajar dengan nafsu.

Nafsu ni semua orang ada. Ahmad Nisfu sendiri pun, ada nafsu. Tapi bila nafsu dah melonjak naik dan menjadi pemimpin, habislah kau. Kena pulak pasangan kau pun jenis yg berpemimpinkan nafsu. Itu yg banyak bayi-bayi zaman sekarang ni lahir dengan cara keluar dari lubang jamban. Yaa, semua ni terjadi atas dasar cinta! Kalau tak jumpa depan-depan sekalipun, dalam mesej pun jadi. Lagi pulak yg jenis ber-papa mama yg dah rasa deme ni sangat-sangat intim. Saleem Iklim pun malu nak menyanyi engkau bagai air yg jerniiihhhh, kalau dah jadi macam tu. Keruh!




5. Bercinta dengan material.

Ini memang takkan abadi. Memang betul, harta dan wang ringgit itu perlu. Itu semua orang pun tahu. Engko dulu masa kecik pun, main pondok-pondok, kau kutip daun buat jadi duit kan? Maknanya kau dari kecik lagi dah tahu kepentingan duit. Semua orang pun nak hidup senang. Tapi bayangkan kalau ada yg kata dia cinta ke kita, walhal hakikatnya dia cintakan harta dan kekayaan kita je. Whats the point bebeh? Mana erti sebuah ketulusan? Mana? Bangga tu memang tak payah kabo la kalau dah naik kereta Vokswegen kan. Tapi pernah terfikir ke, orang yg rumah atap rumbia bumbung bocor, tapi kehidupan dia jauh lagi bahagia atas nama cinta sejati, sebenarnya?




6. Bercinta cukup syarat.

Biasanya yg jenis bercinta asal boleh je ni, selalunya mereka-mereka yg tengah gersang pasal baru lepas putus cinta dengan kekasih. Jadi, jalan mudah untuk menutup kesepian yg menggunung, adalah dengan cara carik satu mangsa keadaan, dan bercinta sekadar cukup syarat je dengan orang tu. Sepi ni mana boleh hilang kalau setakat dengar lagu Sephia je. Paling kurang pun, reputasi mesti nak kena jaga yedak. Orang pun pandang dengan kagum la, "Eh dia tu itu hari bukan dah klesh ke, fuiyooo sekarang ni dah ada pakwe baru.... Untungla dia, muka macam penyapu boleh buat sapu lantai pun, dapat pakwe serupa Anuar Zen." Lagi satu sebab, asalkan ada yg sudi nak dengar kisah sedih dia dengan kekasih lama, kisah sepi seorang perindu, jadi lah. Maklumlah, dah biasa berteman, tiba-tiba pelepappp putus.




7. Bercinta adalah segalanya.

Bagi dia, cinta adalah segalanya. Nampak macam pelik je. Oklah, orang ketegori ni kira macam orang yg anggap pakwe makwe dia adalah segalanya dalam dunia ni seolah-olah macam dia tu takda keluarga, kawan-kawan, pakcik-makcik serta takda internet. Jadi, dia kena fokes kepada pasangan dia. Member, letak tepi. Jenis yg tak boleh orang nak tegur hal pakwe makwe dia. Tak cakap banyak terus melenting lepastu terus ambik gunting, potong ikatan dengan member-member. Putus sahabat.




8. Bercinta melebihi cita-cita.

Orang jenis yg mengamalkan cinta yg macam gini, biasanya jenis yg kena rasuk. Cita-cita dia besar, tapi selamba je dia gadaikan dekat kedai pajak gadai, pasal cinta punya pasal. Memang carik pasal. Cita-cita kalau dah tergadai sebab cinta, kadang tu bersebab. Tengoklah jugak situasinya macam mana. Tapi kalau maruah tergadai sebab cinta, itu tak payah tengok situasi dah. Semua jenis situasi pun tetap orang panggil bangang. Orang yg bercinta melebihi cita-cita ni, aku syak cita-cita dia yg sebetul-betulnya adalah nak bercinta.




9. Tuntutlah cinta sampai ke negeri Lombok.

Ini baru true punya cinta! Karena cinta, persetankan semua. Kah kah kah. Inilah yg digambarkan sebagai, 7 petala cinta!





10. Bencinta.

Yg ini aku malas nak terangkan. Pegi tanya Faizal Tahir.













Cukuplah sepuluh. Kalau aku terangkan banyak-banyak karang, aku sendiri yg tak paham.